Berpada jangan terpedaya

Share

SIFAT Qanaah bukannya bererti menolak apa yang tiada atau menghalang apa yang akan ada, namun ianya adalah harus bermula dengan sifat berpada dengan apa yang dah ada.

Dunia, pangkat, harta dan kedudukan kalau hanya dilihat kiri dan kanan belakang dan depan, nampak hebat dengan segala kebesaran dan perhiasannya, tidak berpenghujung dan tiada jua bersempadan.

Manusia apabila terbang ke angkasa, bumi dirakam semakin mengecil dan akhirnya hilang pada pandangan. Demikianlah insan di kala memanjat mencari redha Allah Jalla Wa Ala, semakin tinggi maqam iman dan takwanya, maka dunia dipandang semakin mengecil dan kerdil bagi dirinya.

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ ، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (iaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.”

(Muttafaqun ‘alaih. Hadis Riwayat Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048 )

Qana’ah insan yang membawa sejahtera dan menyelamatkan.

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 8/6/2020

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!