Afidavit Orang Mahathir sendiri yang membebaskan Musa Aman

Terkini di My KMU !!!!---->

AFIDAVIT GHANI PATAIL BEBASKAN MUSA AMAN

Pejabat Peguam Negara menarik semula pertuduhan ke atas bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, setelah menerima afidavit yang difailkan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail pada 6 Jun 2020 lalu.

Afidavit Ghani di Mahkamah Tinggi itu antara lain menyatakan semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah ke atas Musa Aman merupakan kes lama yang telah disiasat dan disahkan tiada unsur rasuah.

Menurut salinan afidavit yang diperolehi oleh Suara TV, Ghani Patail menyatakan “Siasatan terhadap Tan Sri Musa Aman yang dijalankan oleh Independent Commision Againts Corruption (ICAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara tahun 2008-2012 mendapati tiada salah laku rasuah oleh Musa atau mana-mana ejennya.”

“Keputusan pihak ICAC untuk tidak mengambil tindakan terhadap Musa Aman telah dimaklumkan kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara.”

Ghani turut menyatakan pejabat beliau bersetuju dengan hasil siasatan SPRM dan keputusan ICAC dan telah mengumumkan kepada orang ramai.

Ghani dalam afidavitnya turut menyebut nama Tan Sri Abu Kassim antara yang bersetuju dengan beliau bahawa tiada kes untuk pendakwaan.

Pagi tadi, Hakim Mahkahmah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan melepas dan membebaskan Musa Aman selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

Ghani Patail dan Abu Kassim diketahui merupakan antara mereka yang menyebelahi Tun Dr Mahathir. Abu Kassim kemudiannya dilantik oleh Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) pada Jun 2018 selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya

Sumber : https://suara.tv/09/06/2020/affidavit-ghani-patail-bebaskan-musa-aman/

Leave a Reply