Ulang-alik ke Singapura atas urusan kerja dibenarkan

Mesyuarat khas menteri bersetuju untuk membenarkan rakyat berulang-alik ke Singapura bagi urusan kerja bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan yang diumumkan semalam.

Ketika ini, pelaksanaannya masih dibincangkan ketua setiausaha Kementerian Luar Negara dan rakan sejawat di Singapura.

“Kerajaan mengambil maklum sektor industri di Singapura bermula operasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka yang berwarganegara Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura,” katanya pada sidang media hari ini.

Kerajaan juga sedia menjalankan ujian Covid-19 jika perlu, tambahnya.

Sekitar 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura hampir setiap hari atas urusan kerja atau belajar. Pergerakan mereka terhenti sejak perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa pada pertengahan Mac.

Kerajaan mengumumkan PKPP akan berkuatkuasa 10 Jun sehingga 31 Ogos, menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat yang tamat esok.

Kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker