Covid-19 : 7 kes sahaja hari ini.

Tiada kematian, jangkitan baru paling rendah sejak PKP

Tidak ada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 117 kes.

Dalam perkembangan sama, 7 jangkitan baru dilaporkan hari ini, iaitu paling rendah sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac.

“Daripada 7 kes baru yang dilaporkan, 2 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Daripada kes penularan tempatan, 0 kes membabitkan bukan warganegara dan 5 warganegara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.



Sehingga kini, keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,329 orang. Ketika ini, seramai 1,518 orang sedang dirawat, dengan 6 berada di unit rawatan rapi dan 1 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, 20 mangsa dilaporkan pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh 6,694 orang.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker