Wanita Bunuh Remaja Hamil & Potong Bayi Dari Rahim

Polis di Playa del Carmen pada Khamis mengumumkan penangkapan seorang wanita yang didakwa mengaku membunuh seorang remaja yang sedang hamil dan mengeluarkan bayi dari rahimnya

MEXICO CITY – Seorang wanita di Mexico ditahan kerana didakwa membunuh seorang remaja hamil sebelum bertindak kejam dengan mengeluarkan bayi yang dikandung mangsa.

Polis di bandar Playa del Carmen menemui mayat remaja berusia 17 tahun yang sedang hamil tujuh bulan itu dalam keadaan rentung di dalam sebuah beg di kaki lima pada 30 Mei lalu.

Pejabat pendakwa Quintana Roo menamakan suspek sebagai Juanita namun tidak mendedahkan identiti mangsa.

Menurut pihak berkuasa, suspek menjemput remaja malang itu ke rumahnya di Solidaridad sebelum mengurung dan membunuh mangsa.

Suspek didakwa memukul kepala remaja terbabit dengan batu sebelum menikamnya sehingga mati dan mengeluarkan bayi itu.

Dia kemudiannya membawa bayi lelaki berkenaan ke hospital tempatan dan mendakwa itu adalah anaknya.
Doktor berjaya menstabilkan bayi pramatang tersebut namun keadaannya kritikal.

Media tempatan melaporkan, Juanita bertindak demikian kerana dia tidak boleh melahirkan anak dan bimbang suaminya akan meninggalkannya sekiranya dia gagal memberi zuriat.

Pihak berkuasa mendakwa Juanita untuk kesalahan membunuh dan jika didapati bersalah, dia bakal berdepan hukuman penjara sehingga 50 tahun. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker