Saya Bukan ‘Macai’, Kata Adun PKR Pada Anwar

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang tidak ‘gentleman’.

Ia ekoran pendedahan klip video dan gambar yang disebarkan di media sosial saat beliau mengadakan perjumpaan tertutup bersama Anwar pada Rabu.

“Pertemuan tersebut sepatutnya pertemuan tertutup. Saya luah semuanya dan DS Anwar gagal menjelaskan hampir semua persoalan dibangkitkan.

“Dia cuma mampu kata semua dibangkitkan perkara kecil. Jangan kecil Hati, sebaliknya dia cuba menyakinkan perubahan kerajaan akan berlaku dan dia bakal menjadi Perdana Menteri.

“Selepas pertemuan ternyata DS Anwar bukanlah ahli politik “gentleman”. Pada awalnya saya mengambil sikap untuk mengunci mulut tetapi rakaman dari jauh gambar dan video dari ‘dalam’ diviralkan pentaksubnya spin seolah saya dan cheGuBard “u turn” dengan istilah membeli insuran, perlu saya jelaskan tiada langsung istilah ‘uturn’!,” tegasnya melalui satu kenyataan yang dikirimkan kepada SuaraTV.

Menurut Zulkilfi perjumpaan selama sejam di pejabat Anwar yang terletak di Bukit Gasing itu diadakan ekoran kritikan yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurutnya pengurusan PKR dilihat semakin celaru sejak Anwar menjadi Presiden parti.

Zulkifli turut menjelaskan dirinya masih merupakan Adun yang mewakili PKR namun berharap agar diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan berhubungan kepincangan parti.

“Kepada DS Anwar Ibrahim seperti saya nyatakan dihujung pertemuan tersebut pada 3 Jun 2020, saya sehingga kini masih selaku ADUN PKR Sg Acheh walaupun saya diminta untuk berjumpa dgn YB TKM1 Dan YB Bakhtiar menyusun kembali parti.

“Namun jika berlaku pertembungan dan gangguan untuk saya berkhidmat membantu masyarakat, saya akan utamakan penduduk dikawasan saya.

“Saya juga berhak menyatakan bantahan atau kekesalan saya dalam kepincangan urusan dalaman parti (kerana) saya bukan macai,” katanya.

Namun Zulkifli turut menjelaskan telah ‘tawar hati’ dengan Anwar kerana sering ditekan kepimpinan PKR.

Zulifli sebelum ini sering dilihat bekerjasama dengan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman yang telah dipecat dari PKR.

Sumber : https://suara.tv/06/06/2020/saya-bukan-macai-kata-adun-pkr-pada-anwar/

Related Articles

One Comment

  1. Zulifli sebelum ini sering dilihat bekerjasama dengan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman yang telah dipecat dari PKR. Ada mata lihat dan buat-buat buta, ada mulut diam dan buat-buat bisu, ada telinga dengar dan buat-buat pekak.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker