Peletakan jawatan’ CEO Wan Zul, Petronas Masih Membisu

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) enggan mengulas dakwaan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Zulkiflee Wan Ariffin meletak jawatan selepas 5 tahun menerajui satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune 500 itu.

Syarikat itu berkata, ia tidak mengulas khabar angin atau spekulasi, yang sejajar amalannya.

“Pengumuman rasmi, jika ada, akan dibuat pada masa sesuai,” menurut Petronas dalam kenyataan kepada Bernama.

Menurut sumber, peletakan jawatan Wan Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Wan Zul dijangka diumumkan tidak lama lagi, dan kedudukannya akan digantikan calon dalaman.

Kontrak Wan Zul diperbaharui untuk tempoh 3 tahun mulai 1 April 2018. Ia tidak jelas mengenai alasan Wan Zul mahu meninggalkan Petronas yang beliau sertai sejak 1983.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker