Kapasiti jemaah bertambah, SOP masjid & surau dibentangkan

Berjemaah akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata beliau tahu ramai dari kalangan umat Islam merindukan masjid dan surau.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial (aktiviti masjid dan surau) bagi memasuki fasa strategi keluar (soft landing).

“Keputusannya akan diumum

sedikit masa lagi, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.⁣

Zulkifli berkata, bermula 15 Mei lalu, pendekatan strategi keluar pembukaan masjid dan surau bagi perluasan kapasiti jemaah secara bertahap dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri khususnya pihak berkuasa agama negeri dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, perkara itu adalah wajar bagi memastikan kesejahteraan umat Islam secara amnya dan imej institusi masjid serta surau di Malaysia terus dicontohi dan disegani di peringkat dalam dan luar negara. ⁣

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker