COVID-19: Senarai berita palsu tular 10.30 pagi, 6 Jun – KKMM

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

 

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa KKM telah kehabisan stok kit RTK Antigen yang ditempah dari Korea Selatan. KKM menjelaskan bahawa KKM masih mempunyai baki stok sebanyak 50,000 unit selepas membuat agihan ke setiap negeri di Malaysia. KKM memberi jaminan pihaknya akan membuat penambahan perolehan RTK Antigen sekiranya perlu.

 

2. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) menafikan dakwaan bahawa pelanggan terpaksa beratur seawal 4.00 pagi untuk berurusan di kaunter jabatan itu seperti yang dilaporkan di media sosial. Sebaliknya, PPTG WPKL menegaskan bahawa penggunaan sistem e-Tanah dan Kaunter Setempat Pelbagai Urusan telah banyak membantu mempermudahkan dan menjimatkan masa pelanggan yang berurusan di PPTG WPKL.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker