Covid-19 : 37 kes baru dan 1 kematian

Share

PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 79 tahun meninggal dunia berkaitan Covid-19, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 117 orang.

Dalam perkembangan sama, 38 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,303 orang sehingga kini, dengan jumlah kes aktif sebanyak 1,552.

“Daripada 37 kes baru yang dilaporkan, 8 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 29 kes penularan dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 9 kes dalam kalangan warganegara.

“Sehingga kini 5 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tidak ada yang memerlukan bantuan pernafasan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Berhubung pertambahan 1 kes kematian membabitkan Covid-19, wanita berkenaan merupakan kontak rapat kes positif Covid-19 ke-1,508.

Leave a Reply