Agus dilantik ketuai J-Kom

Agus dilantik ketuai J-Kom

Penganalisis politik Agus Yusoff yang menolak jawatan kerajaan pada Disember lalu, kini dilantik mengetuai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau memulakan tugas sebagai ketua pengarah J-Kom di Jabatan Perdana Menteri hari ini.



Katanya, peranan J-Kom ialah menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat betul dan tepat, selain mendidik dan menyedarkan rakyat saling menghormati serta bersatu bagi mengelakkan sikap ekstremisme agama dan kaum.

Beliau berkata, PRU15 memisahkan masyarakat dan pengaruh media sosial membawa banyak kesan negatif terhadap hubungan antara kaum.

“Bagi memulihkan kembali keadaan ini, kami di J-Kom akan berusaha mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tataetika betul supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan toleransi sesama rakyat akan kembali kuat dan subur.

“Bagi menggerakkan usaha ini, J-Kom akan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat,” katanya dalam kenyataan.



Disember lalu, Malaysiakini melaporkan Agus menolak tawaran daripada Anwar untuk menyumbang kepada kerajaan perpaduan.

Agus dilaporkan berkata, beliau menyokong kepimpinan Anwar kerana mahu beliau membawa perubahan kepada negara dan tidak lebih daripada itu.

Katanya, beliau bercadang kekal di Indonesia dan meneruskan kerjaya sebagai profesor politik di Universiti Negeri Gorontalo.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan mendakwa J-Kom pada dasarnya adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dijenamakan semula, yang pernah dianggap cabang propaganda Putrajaya.



Pada 2021, Ahli Parlimen Klang ketika itu, Charles Santiago menggesa kerajaan mengkaji semula keperluan mempunyai J-Kom, manakala Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, jabatan itu tidak penting. FMT

Agus dilantik ketuai J-Kom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib



Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker