MENARIK! Wawancara Media Penggulungan Kes SRC Oleh Pasukan Pembelaan DSN

Terkini di My KMU !!!!---->

Wartawan: Komen TS berkenaan tarikh keputusan yang diberi hakim pada 28 Julai nanti.

TSSA: Hari ini kami diberitahu adalah merupakan hari ke 100 proseding DSN dalam kes SRC. Jadi adalah adil bagi hakim untuk meminta sedikit masa bagi beliau menyiapkan keputusan dan beliau telah memberi tarikh hampir 2 bulan dari sekarang.
Ada apa lagi yang kamu mahu tahu tentang hari ini atau hari-hari sebelum ini berkenaan kes DSN?

Wartawan: Audio tidak jelas.

TSSA: Baik. Kami sentiasa yakin bahawa kes ini mempunyai pembelaan yang baik bagi kesemua 7 pertuduhan yang dikenakan. Sebab utamanya seperti yang anda sendiri nampak adalah kes ini mempunyai kekeliruan dan keadaan tidak menentu (topsy-turvy) yang agar besar di dalam syarikat SRC dan juga pihak bank.
Tidak ada sesiapa yang tahu, siapa yang telah mengarahkan aliran wang tersebut melalui bank dan juga kepada 2 syarikat lain terlibat.
Sehingga kini, saya pasti tidak ada antara kamu yang telah mengikuti keseluruhan perbicaraan ini boleh memberitahu kepada saya siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab…kerana kami telah buktikan tandatangan Datuk Suboh dan juga Nik Faisal telah dipalsukan dalam pelbagai cara.Jadi siapa di dalam SRC yang telah lakukan ini? Anda perlu ada orang yang telah menyebabkan pergerakan wang ini. Kerana itulah perbuatan. Niat melakukan kesalahan adalah perkara lain. Sehingga hari ini, pihak pendakwaan tidak tahu siapa orang ini, dan kami juga tidak tahu siapa. Jadi kami sentiasa rasakan bahawa kes ini bagus kerana bagi Seksyen 23, yang merupakan pertuduhan korupsi, perkaitan antara perbuatan dan apa yang dikatakan kononnya habuan telah terputus mutlak.
Sesyen 409 juga hampir tiada kes. Jadi apabila kesalahan predikat ini telah gugur, maka secara automatik pertuduhan AMLA telah juga gugur. Jadi kami sentiasa yakin dalam kes ini, namun kita lihatlah sama-sama apa keputusannya nanti.

Wartawan: Pendakwaraya Sithambaram tadi ketika wawancara telah memberitahu bahawa mereka merasakan perbicaraan ini sangat sukar dan menakutkan terutamanya apabila meletakkan Najib di kandang saksi, bagaimana pula perasaan dan reaksi anda?

TSSA: Oh! Kami rasa ia pengalaman yang cukup seronok dan mengujakan! Kerana seperti yang anda semua lihat, kami bagaikan air di sungai. Kami beroperasi dengan sangat lancar. Kami telah mengendalikan setiap seorang saksi-saksi dengan begitu banyak persiapan dan kesiap siagaan.
Kami lakukan banyak penyiasatan kerana kami tidak mempunyai kelebihan mempunyai akses kepada dokumen-dokumen seperti yang dimiliki oleh pihak pendakwaan.
Dan tidak seperti amalan negara lain yang mana pasukan pembelaan akan mempunyai akses kepada dokumen berbulan-bulan sebelum kes dan sifat keterbukaan mutlak, negara ini pula (bukan saja dalam kes ini tetapi dalam semua kes lain)….pihak pendakwaan sentiasa tidak pernah memberikan maklumat dan akses kepada dokumen awal-awal kepada kami dan jika diberikan pun ia tidak diberikan sepenuhnya.
Sebagai contoh, kenyataan-kenyataan saksi tidak pernah diberikan kepada kami sedangkan di negara-negara lain seperti England, US, Australia…mereka berikan kenyataan saksi kepada pihak pembelaan.

Wartawan: TS…pagi tadi anda telah membangkitkan satu persoalan yang cukup penting iaitu transaksi ini tidak mungkin terjadi seandainya tidak ada penyangak-penyangak di kalangan ahli bank. Boleh anda ulas lanjut.

TSSA: Anda tengok…inilah keterangan berdasarkan keadaan (circumstanstial evidence- inferens/rumusan yang diperolehi mengikut keadaan).
Keseluruhan kes ini adalah berdasarkan keterangan mengikut keadaan. Tidak ada saksi yang nampak DSN bertemu dengan SRC dan tidak ada juga orang-orang SRC yang tampil memberitahu mahkamah bahawa DSN yang telah mengeluarkan arahan supaya wang SRC ditransfer kepada beliau dan untuk menyelindungkan (camouflage) perkara ini dengan transfer melalui 2 syarikat lain terlebih dahulu.
Tidak ada seorang pun saksi yang berkata sedemikian. Jadi kita akan beranggapan transfer wang ini sebagai sah sekurang-kurangnya, kerana antara kamu dengan ahli bank kamu, terdapat satu kontrak iaitu saya yang mempunyai mandat, oleh itu hanya dengan tandatangan saya, kamu boleh luluskan sesuatu transaksi.
Tapi apa yang berlaku dalam kes ini, semua kertas kerja yang SRC siapkan berkenaan mandat ini tidak membawa kepada sesiapa! Kerana dalam transaksi-transaksi ini, kami telah tunjukkan bahawa kesemuanya adalah transaksi tidak sah, namun pihak bank telah membenarkannya dan SRC telah menurutinya.

Bolehkah anda bayangkan, tidak ada saksi yang memberitahu kepada mahkamah bahawa DSN telah meluluskan kesemua transaksi ini atau mengarahkan transaksi ini? Tidak ada seorangpun saksi pendakwaraya boleh katakan begini.
Kerana itulah, fakta tentang transaksi haram ini adalah sangat penting kerana apabila adanya transaksi haram, anda tidak boleh memakai neraca kebiasaan.
Dalam amalan perundangan, ketika anda mengendalikan keterangan saksi atau bahan bukti, anda boleh membuat rumusan berdasarkan inferens. Tetapi anda hanya boleh membuat inferens sekiranya situasinya adalah normal.
Sebagai contoh, sekiranya saya pergi ke satu tandas dan saya tertinggal sebentuk cincin saya di tandas itu, hanya satu tandas saja yang ada. Kemudian Mr A telah masuk menggunakan tandas tersebut.

Saya tersedar saya tertinggal cincin tersebut. Saya masuk semula ke tandas itu selepas Mr A dan mendapati cincin saya telah hilang.
Jadi saya akan yakin untuk mengatakan bahawa Mr A yang telah ambil cincin saya. Itu adalah rumusan mengikut keadaan (circumstantial) tetapi ia adalah inferens yang logik.
Kenapa? Kerana ia adalah keadaan normal kerana begitulah sikap manusia. Tetapi apabila anda mengendalikan situasi tidak normal yang mempunyai ketidak seragaman dan urusan tidak sah, tidak ada hukum yang menentukan sifatnya.

Jadi anda tidak tahu bagaimana ketidak seragaman dan urusan haram ini telah muncul. Jadi anda tidak boleh membuat inferens normal yang undang-undang benarkan. Jadi mereka (pendakwaan) perlu buktikan di mahkamah bahawa beginilah secara pastinya pergerakan wang ini telah diarahkan oleh sipolan dan sipolan.
Sehingga kini perkara ini tidak ada. Ini belum lagi pun kita masuk bab perbuatan berdasarkan niat jujur atau niat tidak jujur! Kita tak masuk pun bab itu lagi. Jika kita masuk ke bab perlu buktikan ada niat tidak jujur, itu lagi bermasalah bagi pihak pendakwaan.

Wartawan: (Audio kurang jelas)…Tadi di mahkamah anda katakan bahawa DSN adalah mangsa scam Jho Lo dan rakan-rakannya. Bolehkah anda terangkan apa manfaat yang Jho Lo dapat dengan memangsakan Najib?

TSSA: Bagus! Soalan yang bagus. Anda perlu ingat semua ini bermula apabila Jho Lo dan melibatkan beberapa orang lain yang sah seperti duta-duta. Perancangan asalnya adalah untuk bertemu King Abdullah (Raja Arab Saudi) untuk memohon derma.
Jho Lo telah nampak peluang ini bahawa akan ada banyak derma yang akan dihantar oleh King Abdullah. Dan dia telah berjaya menyelusup masuk di kalangan mereka yang dipercayai oleh pihak Saudi dan Abu Dhabi. Dia telah nampak peluang ini.
Jika anda mengikuti perbicaraan kes 1MDB (perbicaraan kes 1MDB dan perbicaraan kes ini adalah saling berkaitan) apa manfaat yang akan diraih Jho Lo? Urusan pertama transaksi TIA (sebelum menjadi 1MDB), Jho Lo telah meraih 540 juta hanya dengan 1 bon!
DSN terkejut mengetahui perkara ini kerana beliau hanya tahu perkara ini di mahkamah.

Jadi apa Jho Lo lakukan adalah, dia pam sejumlah wang yang kita tidak tahu sama ada ianya dari Jho Lo atau orang lain, sejumlah wang masuk ke dalam akaun DSN…untuk kekal memberi ekspresi bahawa ia adalah wang derma.
Di samping dia lakukan itu, dia juga sedang mengaut keuntungan besar kerana di dalam 1MDB anda mempunyai peluang untuk menjana keuntungan yang sangat-sangat besar. Kerana itulah pada akhirnya, Jho Lo berjaya bikin sebanyak 7 billion. Jadi jika anda tanya apa manfaat yang Jho Lo dapat dengan mengenakan Najib, jawapan saya adalah 7 billion atau mungkin lebih lagi.
Ramai yang akan berperangai seperti ini. Analoginya seperti bermain layang-layang. Anda tarik tali dan kemudian anda lepaskan, dan kemudian tarik lagi dan lepaskan supaya layang-layang tetap terbang. Inilah juga teknik memancing. Anda pancing orang dengan meletakkan umpan yang bersesuaian. Jadi dia telah memperdayakan bekas Perdana Menteri dengan cara ini. Dan bekas PM ini sehingga kes ini terbongkar tidak tahu tentang perbuatan Jho Lo ini. Sebab itu saya katakan bahawa terdapat banyak perkara yang tak betul dalam kes ini.
Sebagai contoh, mengapa RM 42 juta dalam kes ini? Berapa dana yang saya beri? RM 4 billion! Tuduhannya adalah, saya berikan dana 4 billion kepada kamu di SRC, kamu beri saya habuan RM 42 juta. Masuk akal tak?

Boleh sesiapa beritahu saya bagaimana pengiraan 42 juta ini? Kenapa 42 juta? Adakah ia nombor Feng Shui yang bagus? Ia tak sampai kosong perpuluhan berapa peratus. Orang biasa pun dapat komisyen 4%.
Katalah saya buat transaksi korup dengan kamu. Katakan saya adalah seorang pegawai kastam. Saya katakan kepada kamu, saya tolong kamu, dengan syarat kamu beri kepada saya RM 5 ribu.
Bolehkah kamu kata kepada saya, “baik kamu tolong saya, tapi saya bayar kamu dalam tempoh 3 tahun lagi dari sekarang?” Masuk akal ke?
Sedangkan saya adalah seorang Perdana Menteri yang berkuasa mutlak (menurut pihak pendakwaan), saya begitu berkuasa dan SRC di bawah jagaan saya…mengapa saya tak boleh katakan, “baik…sebelum saya pindahkan wang ini pada tarikh transaksi (ada 2 kali transaksi) kenapa saya tak boleh dapat 42 juta itu terus atau mungkin lebih banyak? Saya beri kamu pinjaman 4 billion tau”.
Jika saya korup, saya sepatutnya dapat terus habuannya. Dan jika anda kata saya control SRC, sudah pasti saya boleh beritahu SRC beri saya habuan saya dalam tempoh seminggu. Kenapa pulak kena tunggu sampai 3 setengah tahun? Tak logik langsung.

Wartawan: TS sebut tadi bahawa kes SRC dan 1MDB ini saling berkaitan. Jadi apakah keputusan satu kes akan mempengaruhi kes-kes lain yang sedang berjalan?

TSSA: Tidak kerana pertuduhannya adalah berbeza. Tetapi naratif nya adalah berkaitan. Seperti kisah wang derma dan sebagainya adalah berkaitan.

Wartawan: (Audio kurang jelas) TS bagaimana pula dengan pertuduhan lain (AMLA) di mahkamah Hakim Zaini.

TSSA: Ya. Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh Tommy Thomas. Ini bukan satu-satunya kesilapan besar yang dia buat, dia buat banyak lagi tapi ini satu antara yang banyak.
Dia lupa bahawa ada 3 pertuduhan ini yang dia telah tertinggal. Analoginya adalah macam anda sedang asyik shopping dengan anak-anak kamu dan tiba-tiba anda sedar yang 3 orang anak-anak anda telah hilang! Itulah yang terjadi.

Wartawan: Jadi sekiranya anda dapat keputusan yang tidak memihak kepada kamu dalam mahkamah ini, apakah ia tidak mempengaruhi kes di mahkamah Hakim Zaini? (Merujuk kepada 3 pertuduhan kes AMLA SRC)

TSSA: Ia tidak akan beri kesan. Kerana mereka perlu mengulang semula perbicaraan sekali lagi di Mahkamah.

Wartawan: Audio tak jelas. Pendakwaan kata, mereka boleh bawa penemuan kes ini ke kes itu juga.

TSSA: Tidak. Apa yang mereka ‘mungkin’ boleh lakukan CONTOHNYA adalah mungkin dengan berkata di mahkamah ini (Hakim Nazlan) kami telah terbukti kesalahan predikat. Tetapi mereka perlu buktikan pula di mahkamah Datuk Zaini bahawa DSN ada pengetahuan berkenaan urusniaga haram tersebut. Hanya ada satu dua elemen saja yang boleh mereka tunjukan.

Wartawan: Sithambaram kata beliau jangkakan kes ini akan berlanjutan sehingga ke Mahkamah Persekutuan pada bulan Julai 2021. 8 bulan sehingga 1 tahun dari sekarang. Apa pandangan anda?
Harvinder ketawa sambil berkata No way. Kamu mahu kami kerja sampai mati ke?

TSSA: Saya berharap ia secepat itu. Saya berharap ia secapat itu kerana kami sukakannya. Kerana kami yakin dan percaya bahawa keputusan akhir yang muktamad nanti akan berpihak kepada kami.
Saya boleh katakan itu kepada anda kerana kami begitu konfiden tentang ini. Anda boleh tengok dari hujah-hujah kami. Ia bukan naratif kosong. Ia bukan hujah kosong.
Kenapa kes ini mempunyai begitu banyak masalah? Pihak pendakwaan mempunyai begitu banyak masalah untuk mereka seberang dan mereka belum menyeberang pun.

Ok? Ada apa-apa lagi? Tak ada? Terima kasih. Jom makan tengahari.

Diterjemah oleh jejaka kacak dan cute Nabeel Naqie

Leave a Reply