SPRM kini sasar pembangkang, kata Dr M

Share

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dilihat “menyasarkan” pemimpin politik pembangkang.

Beliau berkata, melihat kepada situasi yang menyaksikan anggota Pemuda PPBM disoal siasat kerana tidak memihak kepada kerajaan mendatangkan kebimbangan bahawa negara akan kembali ke ‘zaman Najib Razak’.

“Kita dapati beberapa jabatan kerajaan mengenakan tekanan ke atas kami sebagai pembangkang

“Kami dapati kerajaan salah guna kuasa mereka dengan tindakan yang diambil oleh SPRM kepada Pemuda PPBM,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

“Sesetengah orang disoal siasat mengenai cukai pendapatan. Ini sama dengan keadaan di bawah Najib.

“Tidak apa nak soal siasat Pemuda PPBM, tetapi mereka guna ‘tekanan’,” kata beliau.

Mahathir mendakwa seorang tahanan wanita disoal siasat dalam gelap oleh orang lelaki.

“Ini merupakan satu bentuk tekanan ke atas sayap Pemuda.”

Beliau juga mendakwa wujud percubaan untuk merasuah pengkritik kerajaan dengan menawarkan jawatan.

“Mereka boleh namakannya apa sahaja dan ia diberikan, seperti kedudukan, jawatan menteri. Menteri dapat RM18,000 sebulan. Malangnya sesetengah orang kecundang kerana ini.

“Kita akan kembali ke ‘zaman Najib’. Keadaan akan menjadi bertambah buruk,” katanya.

FMT

2 thoughts on “SPRM kini sasar pembangkang, kata Dr M

  • June 5, 2020 at 19:51
    Permalink

    Najib Najib Najib… Tu je yg kluar dr mulut Si Saka Puaka… Lain modal Xde ke.. SAH anda sudah Nyanyok.. Sila undur diri dr Politikus PHancing anda

    Reply
  • June 5, 2020 at 21:41
    Permalink

    Nyanyuk ke bangang? Ke saja sebut apa yg nak keluar dari mulut.. tektik Ni bawalah kekubur dan jgnlah ko wariskan ke boboy atau keturunan yg lain apalagi utk diserahkan sifat busuk hati itu kerakyat. Bila agensi buat betul2 ko koner pulak kerajaan pemerintah.. Abes tu masa ko memerintah bukan ko juga yg kejam sehingga lebam biji mata abam non.. pehtu jibmah ko kerjakan itu bukan kekejaman ko yg lakukan.. jgn sebut pula “saya Tak tau, saya keliru, itu kena Tanya pihak penguasa atau tanyalah pada burung hud hud… berat dah atas kerongkong situa dajjal Ni..

    Reply

Leave a Reply