Pengecualian cukai jualan kereta 100 peratus untuk jana industri automotif

Kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020, bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

Insentif pengecualian cukai itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen, hari ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengecualian 50 peratus cukai bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh sama.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker