PAKATAN HARAPAN DILANDA KRISIS – 8 AHLI PARLIMEN AKAN KELUAR PARTI?

Share

Pakatan Harapan Dijangkakan Kehilangan 8 Ahli Parlimen

Menurut satu sumber yang enggan dikenali, sekurangnya 8 orang Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan akan meninggalkan parti masing masing pada bila-bila masa.

Sumber turut menyenaraikan daripada 3 parti gabungan Pakatan Harapan, 5 ahli parlimen dari parti A, 2 dari parti B manakala seorang dari parti C mengambil keputusan berbuat demikian kerana tidak lagi ada kepercayaan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan. Sumber enggan mendedahkan nama nama ahli Parlimen terbabit bagaimanapun beberapa keping foto diterima sebagai bukti dakwaan.

Minggu lepas kecoh ramalan kisah letak jawatan kabinet dan keluar parti melanda BERSATU tetapi hari ini ceritanya sudah bertukar skrip. Semalam seorang Timbalan Menteri memberi kejutan dengan meletakkan jawatannya sebagaimana diramalkan. Bagaimanapun bekas Timbalan Menteri itu masih kekal berada bersama kerajaan hari ini disebalik penularan video kunjung hormat beliau terhadap Tun M.

Kini polemik siapa ada sokongan dalam kalangan ahli parlimen semakin tidak diterima rakyat malah kisah Tun M juga sudah tidak diendahkan rakyat. Ternyata segala propaganda yang cuba ditiupkan PH telah memakan diri apabila mereka hanya mampu membuat ‘Gempar Puyuh’ untuk menguji respon rakyat.

Sebelum itu tular beberapa foto pemimpin Pakatan Harapan bertemu Tun Mahathir di pejabatnya tanpa kehadiran Anwar Ibrahim namun pada sebelah malam foto pertemuan orang yang sama pula tular di kediaman Anwar. Seperti menyorokkan keresahan, pertemuan di kediaman Anwar nampak serius. Apakah dakwaan sumber bahawa 8 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan bertindak keluar parti?

Sumber : my-tv.online

(Visited 4,082 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!