Mungkin Anwar ada masalah dengan saya – Mahathir

Dr M: Saya tiada masalah dengan Anwar, dia saya tak tahu

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, namun tidak tahu apakah pemimpin berkenaan juga merasakan perkara yang sama.

Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Anwar, Mahathir berkata: “Setahu saya, saya tidak mempunyai masalah dengan Anwar.”

“Mungkin dia mempunyai masalah dengan saya, yang saya tidak tahu, anda harus bertanya kepadanya,” tambahnya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam Anwar dan PKR sekali lagi tidak hadir dalam mesyuarat yang berlangsung antara Mahathir, parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

PH, Mahathir dan Warisan mengakui sedang berusaha mengambil alih semula kerajaan dari Perikatan Nasional (PN), namun persoalan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri antara Mahathir dan Anwar terus menjadi polemik.

Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi calon perdana menteri sekali lagi, Mahathir berkata beliau tidak menawarkan diri bagi jawatan itu.

“Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada.

“Tetapi tidak lama. Saya sudah berusia 94 tahun, berapa bulan lagi?” katanya.

Mkini

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker