Lebih 300,000 OKU, ibu tunggal terima bantuan one-off RM300

Lebih 300,000 golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal yang disenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka dalam keadaan mencabar ketika negara berdepan wabak COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bayaran itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar seperti OKU dan ibu tunggal,” katanya ketika mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen, hari ini.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker