Lagi Krisis PH, Giliran Ahli Parlimen Lubok Antu Keluar PKR, Umum Sokong PN

Share

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah anak Muyang yang mewakili PKR sebelum ini mengumumkan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, keputusan itu dibuat kerana kesal dengan permasalahan dalaman parti-parti dalam

(PH) dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sehingga tumbangnya kerajaan pimpinan gabungan parti itu.


“Saya berikrar menyokong penuh kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin (Yassin) dan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Abang Abdul Rahman Zohari demi kesejahteraan rakyat di Lubok Antu.

“Dengan ini saya mengumumkan untuk keluar dari PKR dan kekal menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional dan kerajaan GPS di Sarawak,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.


 

Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).


Jugah dalam kenyataan malam ini berkata, beliau menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

“Kawasan Parlimen saya terletak di luar bandar yang memerlukan bantuan kerajaan untuk pembangunan.


“Justeru, saya menyokong penuh PN dan GPS demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Lubok Antu,” katanya.

Jugah berkata, beliau kesal apabila berlaku masalah dalam kalangan parti Pakatan Harapan (PH).

“Saya kesal berikutan permasalahan dalaman PH menyebabkan Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) meletak jawatan sehingga akhirnya kerajaan PH tumbang.

“Sehubungan itu, saya mengumumkan keluar dari PKR dan bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas yang menyokong penuh kerajaan PN dan GPS,” katanya.

Jugah memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Sejurus selepas PRU-14, penyokong beliau beramai-ramai menyertai PKR dan Jugah kemudian turut menyertai parti itu.

Leave a Reply