Isu Shahruddin ibarat sepakan penalti CR7 terkena tiang gol: Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak percaya penyokong Pakatan Harapan (PH) gembira apabila Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Bagaimanapun, Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan perkembangan yang berlaku itu tidak bermaksud PH dengan mudah dapat menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya percaya emosi penyokong PH semasa membaca surat timbalan menteri Perikatan Nasional yang letak jawatan ini seperti penyokong CR7 melihat pengadil menghadiahkan sepakan penalti kemenangan pada minit akhir tetapi Ronaldo (sepak) terkena tiang pula.

“Sebab itu, ramai rakyat telah muak dengan drama perebutan kuasa PH setiap hari pada masa krisis Covid-19 ini,” katanya dalam catatannya di Facebooknya malam ini.

Sinar

Shahruddin letak jawatan.

Mahathir ucap selamat kembali kepada Shahruddin.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker