Harga tiket penerbangan mahal : Guru diminta hubungi Sekretariat Rumah Sarawak

Susulan pemberitahuan arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas, guru-guru berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sarawak, resah melihatkan harga tiket yang mahal.

Sehubungan itu, guru-guru terkandas serta mengalami isu harga tiket melampau diminta menghubungi Sekretariat Sarawak Volunteers.

Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika dihubungi Sarawak Update berkata pihaknya perlu tahu jumlah guru-guru yang terlibat.

“Saya berharap mereka akan menghubungi pihak Sarawak Volunteers dan menyenaraikan jumlah guru terlibat,” kata Fadillah.



Isu utama yang menghantui guru-guru berkeluarga adalah tiket yang sangat mahal, khususnya bagi individu yang mempunyai anak yang ramai.

” Kita memerlukan maklumat daripada guru-guru yang terkesan dan data yang lengkap supaya kita boleh berunding dengan syarikat penerbangan,” kata Fadillah.

Kebanyakan guru-guru terkesan, khususnya yang berasal dari Pantai Timur sudah melahirkan kebimbangan terhadap harga tiket kapalterbang yang melebih RM2,500 untuk perjalanan dari Kota Bahru ke Kuching.

Sekretariat Rumah Sarawak & Sarawak Volunteers masih lagi beroperasi bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan sila menghubungi no di bawah:



Dayang (019-3882984)
Sakinah (012-4629293)
Nazmi (013-5717130)
Aishah (010-5384707)

Sarawak Update

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker