Dua lagi menteri BERSATU letak jawatan?

SEKURANG-KURANGYA dua menteri kabinet daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka meletakkan jawatan dalam masa terdekat dan menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber berkata, ia susulan peletakan jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh semalam kerana isu pemecatan ahli parlimen Langkawi itu bersama empat yang lain minggu lalu.

Kedua-dua menteri kabinet berkenaan sebelum ini adalah menteri penuh ketika pemerintahan Pakatan Harapan dan bertukar portfolio selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu.

“Ya, ada lagi yang akan menyusul. Sekurang-kurangnya dua menteri. Selepas itu dijangkakan ada lagi.

“Mereka ini semua berjuang sejak awal bersama-sama Tun, menubuhkan parti untuk menentang amalan rasuah dan kleptokrasi. Dengan hala tuju parti yang baru ini, mereka rasakan Bersatu sudah lari daripada matlamat asal,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan media, beliau memaklumkan, tindakannya melakukan ijtihad politik dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah kurang tepat.

Katanya, beliau seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading memilih Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14.

HM

Related Articles

One Comment

  1. Tren MP dan ADUN sekarang asik2 lompat melompat….jika ini yg berlaku elok lah Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU 15. Kalau tidak bagini lah seterusnya rakyat menjadi mangsa kerana ekonomi terjejas. Harap TSMY bubarkan sebelum Mei 2021.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker