Penutupan lorong di KM456.05 Jalan Kuala Selangor dari 6 Jun-5 Julai

Terkini di My KMU !!!!---->

KUALA LUMPUR, 4 Jun  —  Penutupan lorong secara berperingkat dan berkala di sepanjang Jalan Kuala Selangor (Km456.05), arah Kepong dan Sungai Buloh akan dilanjutkan dari 6 Jun hingga 5 Julai depan.

MMC-GAMUDA, dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan jalan raya itu berikutan kerja-kerja pembinaan jalan dan sebarang kerja berkaitan.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa untuk kerja-kerja akan bermula dari 10 malam hingga 5.30 pagi, selama sebulan.

“Penutupan ini adalah sepanjang 100 meter bagi setiap peringkat,” menurut kenyataan itu.

Pengguna jalan raya dinasihat untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.

— BERNAMA

Leave a Reply