Kematian George Floyd: Lelaki bawa bom ke demonstrasi

Matthew Lee Rupert, 28, berdepan tuduhan gangguan sivil, rusuhan dan memiliki bahan letupan.

WASHINGTON – Seorang penunjuk perasaan yang membawa bahan letupan semasa melakukan demonstrasi di Minneapolis didakwa atas cubaan melakukan provokasi kebencian dan memulakan rusuhan.

Menurut pertuduhan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Minnesota kelmarin, Matthew Lee Rupert, 28, dilaporkan datang dari Galesburg, Illinois, kira-kira 500 kilometer selatan Minneapolis untuk menyertai demonstrasi itu dengan niat mencetuskan kekacauan.

Difahamkan, melalui sebuah video yang dimuat naik oleh Rupert pada 29 Mei lalu menunjukkan dia mengedarkan bahan letupan kepada peserta demonstrasi dan mendorong mereka melemparkan bahan letupan tersebut ke arah penguat kuasa.

Sementara itu, di dalam sebuah lagi video yang dimuat naik pada 31 Mei menunjukkan Rupert mengajak orang ramai untuk memulakan rusuhan.

Rupert berdepan tuduhan gangguan sivil, rusuhan dan memiliki bahan letupan. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker