Gambar pertemuan ADUN Bersatu dan PKR Johor cetus spekulasi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd. Khuzzan Abu Bakar mengesahkan bahawa sekeping gambar yang menunjukkan wakil rakyat Bersatu dan PKR duduk semeja telah dirakam pada akhir Mei.

Mohd. Khuzzan memberitahu Sinchew Daily, gambar yang mencetuskan spekulasi mengenai keadaan politik di Johor itu hanya merupakan perjumpaan peribadi.

Selain Mohd. Khuzzan (Semerah, PKR), wakil rakyat dalam gambar itu termasuk Md. Ysahruddin Kusni (Bukit Naning, PKR) serta tiga ADUN Bersatu iaitu Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai), Datuk Dr. Sahruddin Jamal (Bukit Kepong dan bekas Menteri Besar) dan Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh (Permas).

Pelbagai spekulasi telah kedengaran di Johor termasuk mengenai kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan negeri sekali lagi.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat terus berlaku.

Sinchew Daily melaporkan, kerajaan negeri Johor akan bertukar tangan jika dua atau lebih wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) bertukar haluan.

Sumber memberitahu, Pakatan Harapan (PH) telah mendekati ADUN Bersatu sejak Mac dan ada yang sudah menunjukkan keinginan untuk “kembali.”

Malahan pihak berkenaan bersetuju dengan formula pengagihan jawatan Exco iaitu mengikut agihan sebelum pengambilalihan kuasa oleh PN.



Penentuan untuk portfolio Exco bagaimanapun belum diputuskan. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker