Apa yang susah sangat Hannah Yeoh nak faham- Najib

1. Yang letak jawatan dan tumbangkan kerajaan? Perdana Menteri PH.

2. Yang usulkan undi tidak percaya dalam parlimen untuk jatuhkan kerajaan baru? PH dan Warisan.

3. Yang bermesyuarat minggu lepas untuk tumbangkan kerajan PN? Majlis presiden PH.

4. Yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid? Najib pulak.

Dengar baik-baik Hannah dan PH.

Saya cuma cadangkan bubarkan parlimen untuk kembalikan mandat pada Rakyat melalui pilihanraya JIKA PH terus merebut kuasa dengan cubaan-cubaan berteruskan untuk tumbangkan kerajaan.

Mendapat mandat baru dari Rakyat agar kerajaan lebih kukuh dan stabil untuk melawan krisis ekonomi Covid.

Cara paling adil bagi semua dan paling sesuai untuk selesaikan kemelut politik.

Apa susah nak faham, Hannah?

Point 1-3 Hannah tak nampak ke? Atau buat-buat buta tak nampak?

Point 1-3 bukan permainan meletak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid ke?

Korang yang tak habis-habis rebut kuasa sehingga kerajaan tak stabil.

Saya cuma cadangkan cara penyelesaian paling adil pada Rakyat tapi saya pulak yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara?

Giler betul, PH.

Posting Hannah Yeoh yang entah kenapa kecam saya: https://www.facebook.com/hannahyeoh/posts/10158267986204034

Tak sampai satu minggu dulu, PH sendiri yang kata mereka akan tumbangkan kerajaan sebelum bulan depan:
“30 Mei 2020: Peralihan kerajaan mungkin sebelum sidang parlimen pada Julai – Salahuddin”
https://www.malaysiakini.com/news/527966

Hannah tak nampak itu pulak?

Apa yang Hannah fobia sangat dengan PRU untuk kembalikan mandat jika kerajaan tak stabil?

Bukan gerenti pun PH akan kalah kerana track-rekod 22 bulan mereka adalah amat bagus dengan kononnya “50 jasa-jasa PH”.

FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker