TERKINI: Kawasan di Banting dikenakan PKPD

PETALING JAYA: Taman Langat Murni di Banting, Selangor dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dengan polis dan anggota tentera memasang pagar kawat duri di sekitar kawasan itu tengah malam tadi.

Sumber dari Pejabat Daerah Kuala Langat memberitahu FMT, kawasan itu dikenakan PKPD selepas lebih 20 warga asing disahkan positif Covid-19.

Kawasan terakhir yang dikenakan PKPD sebelum ini ialah kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya pada 10 Mei lalu, selepas 26 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan peniaga dan pekerja di pasar basah itu.

Kawasan lain yang turut dikenakan PKPD sebelum itu ialah Jalan Masjid India dan Menara City One di Kuala Lumpur, serta kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang.

Bulan lalu, Kementerian Kesihatan berkata, pekerja asing kini termasuk dalam kumpulan sasaran saringan Covid-19 susulan peningkatan kes membabitkan golongan itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker