Waktu pintu masuk Tambak Johor dihadkan 7 pagi-7 malam

Kerajaan hari ini menghadkan waktu operasi pintu masuk sempadan Malaysia dan Singapura di Tambak Johor dari 24 jam kepada 7 pagi hingga 7 malam.

Waktu operasi di Laluan Kedua Malaysia-Singapura beroperasi seperti biasa.

“Masa operasi di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dipendekkan dari 24 jam sebelum ini kepada 7 pagi hingga 7 petang bagi pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia dan kenderaan komersial seperti lori dan kargo.

Bagi Kompleks Sultan Abu Bakar (Laluan Kedua), operasi berjalan seperti biasa iaitu 24 jam termasuk kenderaan komersial seperti lori dan kargo. Ini supaya kes-kes kecemasan dan keperluan perubatan tidak terjejas,”katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail menambah rakyat yang mempunyai kecemasan dibenarkan menggunakan Laluan Kedua.

Ismail turut memaklumkan, tiada kemasukan secara besar-besaran rakyat Malaysia dari Singapura.

“Individu yang masuk melalui pintu masuk, Johor diwajibkan menjalani kuaratin wajib di pusat kuarantin.

“Sehingga kini, kerajaan menyediakan 6,000 bilik untuk tujuan kuarantin wajib di 22 pusat kuarantin, penambahan 4,000 bilik lagi masih dalam proses dengan jumlah keseluruhan 10,000 bilik,” katanya.

Ismail berkata, jumlah pergerakan rakyat Malaysia ke Singapura dianggarkan 400 hingga 600 orang sehari.

69% topeng percuma diagih

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, kerajaan sudah mengagihkan 69% topeng percuma kepada isi rumah.

“Kerajaan memperuntukkan 32.4 juta topeng, setakat ini sebanyak 23.4 juta topeng telah diagihkan oleh pejabat-pejabat daerah.

“Bagi 8 juta topeng muka dalam proses agihan dan dijangka selesai diedarkan minggu ini.

“Pengagihan di Sabah dan Sarawak akan bermula pada hari ini,”katanya,

946 langgar PKP ditangkap

Ismail berkata polis semalam menangkap 946 individu kerana ingkar arahan berbanding 1,174 hari sebelumnya.

Katanya, 433 daripada mereka ditahan di zon merah.

“Daripada jumlah itu 822 individu direman dan 124 individu dijamin polis,” katanya.

Sehingga kini, jumlah kumulatif mereka ingkar PKP sehingga semalam 16,870 individu.

Ismail mengingatkan walaupun jumlah jangkitan baru menurun, yang mana 36 dicatatkan semalam, tidak bermakna rakyat boleh leka.

“Terdapat negara yang berjaya mengawal jangkitan Covid-19 namun akhirnya terdapat peningkatan mendadak selepas pelonggaran itu, buat balik PKP malah ada negara terpaksa umum darurat,” katanya.

Mengulas isu pekerja dipaksa mengambil cuti tanpa gaji, Ismail berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia sama ada terdapat peruntukan undang-undang boleh diambil ke atas syarikat berkenaan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker