Kak Wan Dah Bayar Ke Saman FELDA Yang Ada Potongan Sebanyak 96.5% Tu?

Saya hadiahkan satu isu kepada PH untuk serang PN.

Pada tahun 2017, Mahkamah arahkan Wan Azizah dan PKR bayar ganti rugi RM2 juta kepada FELDA kerana mereka pernah fitnah FELDA telah bankrap.

Pada akhir tahu 2018, Wan Azizah yang juga TPM masa itu dan PKR merayu kepada Mahkamah untuk kurangkan ganti rugi dari RM2 juta kepada RM70,000.

Masa itu, FELDA amat baik hati.

FELDA kata:

“Peguam Nor Emelia Mohd Iszeham yang mewakili FELDA dan FGV, berkata beliau tidak membantah rayuan perayu dan menambah syarat perjanjian itu ditetapkan mengikut perintah persetujuan.”
https://www.bharian.com.my/…/perintah-persetujuan-dr-wan-az…

Bantah rayuan Wan Azizah pun tak. Lawan di mahkamah pun tak mahu.

FELDA setuju sahaja dengan rayuan Wan Azizah.

Lalu ganti rugi Wan Azizah dikurangkan sebanyak 96.5% dari RM2 juta menjadi RM70,000.

(Maksudnya, Wan Azizah dan PKR masih sah memfitnah. Cuma ganti rugi yang mereka bayar kepada FELDA diberi diskaun 96.5%)

Apa yang FELDA dapat? Tak ada apa-apa. Cuma perasaan puas hati kerana telah memberi subsidi RM1.93 juta kepada golongan yang amat memerlukan.

Masa itu, menteri yang jaga FELDA itu juga menjadi menteri dalam kerajaan PN.

Melihat PH suka lawan salah guna kuasa, saya sarankan PH untuk tuntut pihak berkuasa siasat jika Menteri PN ini pernah bersuhabat dengan TPM masa itu.

Ini satu peluang besar bagi PH untuk kecam PN.

Tunggu apa lagi?

FB: Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker