Ajal menjemputnya di perhentian bas

Ajal menjemputnya di perhentian bas

KUCHING: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di perhentian bas jalan utama Pending, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, berkata mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam pada jam 6.57 pagi semalam, sebelum menghubungi polis.



“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) di lokasi mengesahkan kematian lelaki berkenaan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Pemeriksaan polis terhadap mayat mangsa juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah, selain tiada sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Merbin berkata, mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 45 hingga 50 tahun dengan tinggi 165 sentimeter dan berat badan 60 kilogram.

“Ketika dijumpai, mangsa tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek berwarna coklat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Siti Mariam di talian 016-4461345 bagi membantu siasatan serta membuat pengecaman. BH

Ajal menjemputnya di perhentian bas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain



Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker