Eksklusif: Dr. Maza Akui Silap Pandangan Tentang DAP, Kini Yakin Dengan PN

Share

Cukuplah Tiada Harapan Bagi DAP dan PH

[Tonton video sehingga akhir]

 

“Saya juga antara juga orang yang tidak percaya bahawasanya DAP jika sekiranya mendapatkan kedududkan mereka mungkin akan menyebabkan keaadaan umat islam tidak merasa selesa dan umat islam mungkin menjadi satu keadaan yang sukar”.

“Tetapi apabila 22 bulan Pakatan Harapan memerintah yang mana saya antara orang yang pada mulanya mendukung diperingkat awal dan menteri – menteri sebahagaiannya tahu dan mereka berjumpa dan sepanjang pemerintahan PH pun tun beberapakali juga pun ada bertemu juga dengan saya dipejabatnya dan saya ada surat – menyurat yang beliau memanggil saya ke pejabatnya.”

“Tetapi saya lihat 22 bulan dalam keresahan, saban hari isu berhubung dengan umat Islam dan orang Islam, walaupun tidak keluar dari mulut DAP itu secara terus, tetapi kewujudan DAP dan saya juga percaya peranan Parti Amanah yang berada di dalam kerajaan dan sebahagian PKR menyebabkan keberanian banyak pihak untuk mengeluarkan kenyataan yang begitu menguris perasaan orang Islam yang menimbulkan ketegangan antara umat Islam dan selain mereka.”

“Saya adalah orang – orang yang terbuka dan saya tidak menjangkakan hal itu, boleh tanya ramai pada pemimpin DAP mereka ada sesi perjumpaan dengan saya sebelum daripada mereka membentuk kerajaan bertahun – tahun sebelum itu:

“Tetapi apabila 22 bulan saya melihat kenyataan demi kenyataan bermula dari Ramasamy dan selainnya sangat – sangat mengguris perasaan, seolah – olah tidak ada dalam pemikiran mereka ini melainkan agenda untuk menimbulkan ketengangan dengan umat Islam samada secara langsung atau pun tidak langsung daripada mulut pemimpin DAP dan rakyat yang mana menyokong hal itu, golongan yang dikatakan dimanakan liberal melampau itu menjadi – jadi. 22 bulan lamanya kita mendengar hal ini daripada isu – isu biasa hingga pada isu bahasa sehingga isu tulisan jawi yang tidaklah isu sebenarnya menjadi isu kepada rakyat negera ini”.

“Ketika itu saya merasakan, apabila saya membaca Al – Quran khususnya apabila dalam bulan Ramadhan dan Ramadhan sebelumnya juga dan mereka solat malam sesiapa yang melakukankan sebelumnya mereka akan tahu apabila melalui ayat Quran kita akan tahu keadaan ini tidak dapat diterima. Kata Allah dalam surah Al – Imran 118: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”.

Saya apabila melalui ayat itu sudah cukup…

(Visited 9,713 times, 7 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!