TERBUKTI: Surat Peguam Negara Menurut Perintah Lim Guan Eng Bocor

Sebuah akaun Facebook Peniup Wisel Siber telah memuatnaik bukti menunjukkan ada campur tangan Lim Guan Eng dalam keputusan Peguam Negara Tommy Thomas melepaskan akaun seorang ahli perniagaan yang dibekukan.

Surat yang dimuatnaik tersebut ialah dari Peguam Negara, Tommy Thomas kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan tajuk “Application to Release The Frozen Accounts of YBhg. Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng, Founder of the Malaysia Entrepreneurs Foundation”.

Surat pemakluman tersebut menunjukkan ada permintaan dari Lim Guan Eng pada 31 Mei 2019 untuk Pejabat Peguam Negara menarik balik pembekuan akaun ahli perniagaan tersebut.

Peniup Wisel Siber dikesan menampal pautan akaunnya dalam beberapa akuan facebook milik aktivis media sosial pro Kerajaan.

Dalam beliau memuat naik surat tersebut bersama tulisan “Apa khabar Lim Guan Eng dan Tommy Thommas , inilah bukti salah guna kuasa Lim Guan Eng yang cuba disembunyikan pejabat peguam negara.”

 

Portal Free Malaysia Today sebelum ini mendedahkan ada campur tangan Lim Guan Eng dalam pejabat Peguam Negara di bawah Tommy Thomas.

Sebelum itu juga Tommy banyak membuat kontrovesi semasa manjawat jawatan AG kerana mengugurkan banyak kes berkaitan dengan ahli politik PH dan mereka yang berkepentingan.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker