Alicia Amin bikin panas?

Alicia Amin bikin panas?

Andai dinilai sudut luaran, pasti ada yang menyangkakan model yang kini bergelar pelakon, Alicia Amin,

26, sombong, sukar didekati dan bermasalah.

Entah daripada mana punca cerita bermula, namun gambaran negatif itulah diberikan kepada model yang digilap bakat menerusi program realiti, Asia’s Next Top Model musim kelima ini.

Adakah raut wajah serius dan kelantangan dalam media sosial mengutarakan sesuatu isu, ditambah pula sering dihimpit kontroversi mengaitkan kehidupan peribadi menyebabkan Alicia terlebih dahulu dijatuhi hukuman tanpa diadili dengan sewajarnya.

Bertemu Alicia pada sesi fotografi calon Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang diadakan di Hotel The Royale Chulan The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya memberi peluang kepada B*POP untuk mendasari hati pelakon filem Salina, baru-baru ini.

Saat diajukan persoalan itu kepada si empunya diri, Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin hanya tergelak besar. Namun, gadis tinggi lampai ini tidak terkejut dengan persepsi dongeng yang dilemparkan kepadanya.

“Saya akui, ada yang cop saya berlagak dan sombong. Tetapi, sebalik pula tafsiran apabila berjumpa saya secara berdepan.

“Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana mahu memberikan reaksi. Mungkin andaian dibuat berdasarkan karakter atas pentas peragaan. Sebagai model, saya hanya ikut karakter yang diinginkan pereka.

“Jika mahu tersenyum, pasti saya menguntumkan senyuman, begitulah sebaliknya. Jika berdasarkan apa yang dipaparkan dalam Instagram (IG), saya mahu menjadi diri saya, itu sahaja.

“Namun, hakikatnya saya bukanlah seperti yang disangkakan,” ujar Alicia memberikan penjelasan.

Ditanya apakah pernah ditawarkan melakonkan adegan ranjang dan ‘sensual’ hanya kerana keberaniannya menggayakan pakaian seksi sama ada atas pentas peragaan mahupun kehidupan seharian, wanita berdarah kacukan Melayu-Cina-Jerman ini mendedahkan pernah menerima tawaran sedemikian.

Malah, Alicia mengakui tidak kisah membawakan adegan panas walaupun menyedari tindakannya bakal mengundang kecaman ramai.

“Tidak dinafikan, saya pernah menerima tawaran melakonkan babak ranjang dan panas. Jika ditanya apakah saya sanggup melakonkan, jawapannya ya. Saya tidak kisah menerimanya.

“Cuma, saya ingin tahu, apakah babak panas diperlukan dalam cerita ataupun sekadar suka-suka. Jika perlu, saya kena menilai dahulu, adakah jika babak itu tiada boleh menjejaskan jalan cerita mahu emosi pelakon.

“Jika babak ini sangat diperlukan disebabkan faktor disebutkan, saya tak kisah untuk melakukannya. Lagipun, watak itu bukanlah saya, tetapi karakter dalam naskhah.

“Namun, adakah babak keterlaluan boleh melepasi Lembaga Penapis Filem (LPF). Ada pengarah sengaja mahu membuat adegan panas, tetapi tak buat pun,” katanya sambil tertawa.

Februari lalu, Alicia secara rasmi sah bergelar isteri kepada Doktor Farzan Iqbal, 27. Selepas sembilan bulan melayari hidup berumah tangga, tidakkah mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap mahligai?

Menjawab persoalan itu, pelakon drama bersiri The Bridge 2 dan Alamatnya Cinta ini mengakui, dia dan suami masih belum bersedia kerana mahu fokus dan menstabilkan kerjaya terlebih dahulu.

“Mungkin apabila usia sudah mencecah 30 tahun baru saya bersedia bergelar ibu. Berilah peluang kami menghabiskan masa berdua dahulu.

“Bulan madu pun tidak sempat lagi disebabkan kami mendirikan rumah tangga ketika pandemik. Buat masa ini, saya dan suami mahu fokus terhadap kerjaya dan kumpul duit.

“Apabila sudah stabil, barulah kami fikirkan soal zuriat,” ujar graduan Universiti RMIT, Melbourne, Australia dalam jurusan Psikologi Dalam Kerja Sosial ini.

Sementara itu, mengulas peluang menggenggam trofi FFM menerusi watak Marina yang dibawakan dalam filem Salina, Alicia enggan meletakkan harapan yang tinggi.

“Watak saya kecil sahaja dalam filem ini. Kalau bolos pencalonan, mungkin saya akan pengsan (ketawa). Kalau berjaya, saya bersyukur, tetapi jika sebaliknya, saya akan bekerja keras pada masa akan datang.

“Sebelum ini, saya ada mengikuti kelas lakonan secara tidak formal dengan bantuan Nabila Huda. Apapun, saya sangat teruja dapat bekerja di bawah arahan pengarah hebat seperti Raja Mukhriz dalam filem Salina.

“Saya harap filem Salina dapat membawa pulang trofi pada malam kemuncak FFM31 pada 10 Disember ini,” katanya yang bakal muncul dengan drama I Promise Janji Anaqi bersama Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong.

Alicia pernah menggegarkan industri hiburan apabila foto bergaya erotik dan separuh berbogel tular dalam media sosial. Namun, foto itu koleksi lama di Melbourne Australia pada 2016.

Diperkenalkan menerusi drama Meh Sandar Lagi, wanita kelahiran Johor Bahru itu pernah mengejutkan ramai dengan pengakuan dimasukkan ke wad psikiatri atas cubaan membunuh diri pada 2017 dalam hantaran laman IG. BH

Alicia Amin bikin panas?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker