Medac akan terus bantu Usahawan dalam masa yang mencabar sekarang – Wan Junaidi

Share

Assalamualaikum WBT.

Salam Aidilfitri Buat Semua Umat Islam Di Malaysia.

Gayu Guru Lantang Senang kepada semua masyarakat Sarawak yang meraikan Hari Gawai.


Selamat Hari Keamatan kepada semua masyarakat Sabah yang meraikan Hari Keamatan.

Dari jam 9.00 pagi ini, saya menghadiri Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya.

Daripada tinjauan saya di beberapa pasar raya dan supermarket sebelum ini, saya dapati perniagaan mula berkembang selepas dibenarkan beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Walaupun agak perlahan, tidak sama seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, saya yakin usahawan boleh menjalankan perniagaan mereka dengan normal baharu dengan standard operasi prosedur (SOP) yang telah ditetapkan.

Pembeli juga boleh menerima amalan pasca Covid-19 apabila mereka perlu beratus pada jarak yang ditetapkan, memakai penutup muka, mengutamakan kebersihan dengan membersihkan tangan menggunakan sanitizer dan diambil suhu badan, namun mereka tidak merungut. Disiplin ini perlu dikekalkan.

Normal baharu yang dapat saya perhatikan ketika ini ialah peniaga pasar turut memasarkan ikan, daging dan sayur secara dalam talian. Hasil jualan mereka itu boleh diperoleh di platform e-dagang atau media sosial. Ini merupakan satu petanda yang baik kerana mereka boleh berurusan tanpa khidmat orang tengah lagi.


Justeru, sama ada sedar atau tidak, setiap cabaran baru memerlukan kita untuk berfikir, merancang dan meningkatkan keupayaan untuk membuat inovasi dan adaptasi.

Pada masa yang sama, usahawan juga perlu bijak mengatur kelangsungan perniagaan. Andai kata apa yang kita usahakan tidak berhasil jangan cepat mengalah dan berputus asa tetapi harus terus berjuang hingga berjaya.

Namun kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan terus berusaha untuk membantu golongan usahawan agar mereka tidak terjejas teruk atau tutup sama sekali dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar ini.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#StayAtHome
#KitaJagaKeluargaKita
#UsahawanJanganPutusAsa

Leave a Reply