Armada buat laporan polis terhadap Syed Saddiq

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana menggunakan nama parti dan mencampuri urusan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Exconya, Mohd Muzammil Ismail berkata, sidang media Syed Saddiq semalam didapati memutarbelitkan perlembagaan, memberi tafsiran berniat jahat dan membelakangi keputusan parti.

Katanya, amatlah tidak logik, bagi Ahli Parlimen Bersatu tidak menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang parlimen pada 18 Mei 2020.

Beliau berkata, keputusan keluar dari Pakatan Harapan (PH) adalah keputusan majoriti Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dimuktamadkan dalam mesyuarat pada 23 Februari yang lalu.

“Keputusan itu turut diakui Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Perutusan Perdana Menteri Interim yang menyebut bahawa Bersatu memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingin menegaskan bahawa Bersatu adalah milik semua ahli parti dan bukan milik mana-mana ahli yang berkepentingan.

“Pelaksanaan ‘rule of law’ perlembagaan Bersatu mestilah dipatuhi dan tiada sesiapa yang akan dikecualikan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker