Agong, Permaisuri zahirkan Selamat Hari Gawai

Seri Paduka berdua bertitah : “Gayu Guru Gerai Nyamai. Happy Gawai to all our friends in Sarawak, we wish you a wonderful celebration, filled with happiness, prosperity and peace (Selamat Hari Gawai kepada semua rakan di Sarawak, kami mengucapkan selamat menyambut perayaan yang indah, penuh dengan kebahagiaan, kemakmuran dan keamanan),” menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara, hari ini.

Hari Gawai disambut setiap 1 Jun oleh majoriti masyarakat di Bumi Kenyalang, antaranya kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan lain-lain sebagai tanda tamatnya musim menuai padi.

Bagaimanapun, Hari Gawai tahun ini disambut dalam suasana berbeza kerana negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Tahun ini hanya ahli keluarga dalam jumlah yang kecil dibenarkan berkumpul meraikan sambutan Gawai tanpa tradisi ‘Ngabang’ atau ziarah-menziarahi, berbanding normal dahulu bagi penduduk kampung atau rumah panjang berkumpul bersama sanak saudara bagi meraikannya.

BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker