Tiada korban 9 hari berturut-turut, jangkitan baru 57

Tiada korban berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 115 orang.

Dalam perkembangan sama, terdapat 57 kes jangkitan baru, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,819 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 1,351 pesakit sedang dirawat.

Daripada jumlah tersebut, 9 berada di unit rawatan rapi dengan 2 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 23 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,353 orang sehingga kini.

Daripada 57 kes baru, 10 kes import, dan 47 kes penularan tempatan di mana 43 bukan warganegara.

“Empat kes sahaja melibatkan warganegara bagi penularan tempatan,” katanya pada sidang media hari ini.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker