Tanya 3 soalan ini kepada Mahathir dulu sebelum nak jatuhkan PM ke 8 – Najib

Jika ada siapa-siapa yang masih percaya PM7 bahawa usaha dia nak tumbangkan PM8 ialah untuk “mengembalikan mandat PH”, cuba tanya dia 3 soalan ini:

1. Kenapa sebelum dia letak jawatan sebagai PM, dia enggan jumpa pemimpin-pemimpin PH lain untuk bincang?

Pagi-pagi, dorang tunggu lebih satu jam di PMO tapi PM7 tak muncul.

“24 Feb 2020: Anwar, Wan Azizah, Guan Eng tak jumpa Dr Mahathir”

Anwar, Wan Azizah, Guan Eng tak jumpa Dr Mahathir

Lalu PM7 pun letak jawatan pukul 1pm.

“24 Feb 2020: Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1.00 tengah hari,” menurut kenyataan itu.
http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahathir-letak-jawatan-perdana-menteri-pengerusi-bersatu-231527

Semasa Anwar dan geng tengah jumpa PM7, dia pun sudah hantar surat untuk letak jawatan.

Sebab itu, Anwar dan geng tak tahu dia letak jawatan selepas keluar dari rumah PM7
“24 Feb 2020: Anwar puas hati selepas jumpa Dr M”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/24/anwar-puas-hati-selepas-jumpa-dr-m/

2. Kenapa dia enggan hadir mesyuarat PH hari selepas dia letak jawatan untuk cari jalan memulihkan kerajaan PH?

“Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu PH) bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari (hari selepas PM7 letak jawatan).

“Justeru itu, keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah Anwar,”

25 Feb 2020: PH calonkan Anwar sebagai PM lepas Dr M tak setuju pengerusikan mesyuarat
https://www.malaysiakini.com/news/512329

3. Sehari selepas dia tidak hadir mesyuarat PH, kenapa dia buat sidang media untuk umum dia nak tubuh kerajaan tanpa parti (iaitu kerajaan perpaduan)?

“Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan langsung di kaca TV.

Adakah kerajaan tanpa parti bermaksud kembalikan mandat PH ke?

“26 Feb 2020: Dr M usahakan pemerintahan tak memihak mana-mana parti”
https://www.malaysiakini.com/news/512312

Siapa khianat siapa sebenarnya?

Masih percaya dia mahu kembalikan mandat PH atau mandat Rakyat? ???

Ini cakap Guan Eng pada 27 Feb 2020:

“Dalam perbincangan saya dengannya di Pejabat Perdana Menteri pada 25 Februari lalu (sehari selepas dia letak jawatan), beliau menolak untuk kekal sebagai Perdana Menteri PH dan menolak untuk terus memenuhi janji-janji Manifesto PRU PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659954/dr-mahathir-tolak-penuhi-manifesto-guan-eng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker