PRK DUN CHINI : MUAFAKAT NASIONAL DAN NORMA BARU.

oleh Ab Jalil Backer

PRK DUN CHINI DAN MUAFAKAT NASIONAL

Ada beberapa RBA DAP cuba melaga-lagakan kerjasama BN-PAS dalam Muafakat Nasional dengan menyebarkan dakyah UMNO menindas Pas kerana mahu terus bertanding di #PRKDUNChini.

Kononnya sudah berapa banyak PRK hanya BN yang meletak calon bukan PAS.

Rakyat tidak harus terpedaya dengan dakyah dan adu domba ini kerana Muafakat Nasional telah mempunyai formula dan persefahaman sejak awal lagi.

Antaranya ialah mana-mana kerusi yang dimenangi dalam PRU lalu kekal kepada parti terbabit. Kebetulan kebanyakan kerusi yang kosong merupakan kerusi yang dimenangi oleh BN dalam PRU lalu.

Terdapat juga persefahaman bagi kerusi yang kalah, BN dan PAS akan berbincang melihat parti mana lebih kuat di kawasan tersebut. Antara pertimbangannya ialah jumlah yang undi yang diterima oleh kedua-dua parti dalam PRU lepas.

Ini terjadi dalam PRK Tanjung Piai. Dalam PRU lalu BN mendapat 20 ribu undi di sana berbanding PAS hanya 2000 lebih undi, maka Muafakat Nasional memutuskan BN wajar bertanding di sana.

Dalam DUN Chini, penyandang jawatan adalah dari BN, maka secara otomatik BN akan meletak calon.

Persefahaman ini telah ada sebab itu Persuruhjaya Pas Pahang dari awal lagi menyatakan sokongan kepada calon BN. (https://suara.tv/27/05/2020/prk-chini-pas-beri-laluan-kepada-calon-umno/)

Sebenarnya di peringkat kepimpinan kedua-dua parti, konsensus sudah ada dan jelas sekali. Tiada apa-apa sengketa atau kecil hati.

PRK DUN CHINI DAN NORMA BARU

Beberapa norma baharu harus dilaksanakan bagi mengelak penyebaran Covid-19 dalam PRK DUN Chini (Parlimen Pekan), Pahang.

Harus ada iltizam dan usaha untuk mengawal dan memelihara keadaan Zon Hijau Covid-19 tanpa menjejaskan proses demokrasi.

Dalam keadaan sekarang adalah molek jika PRK ini dijadikan sebagai pilihan raya dalam negeri sahaja.

Maksudnya mereka yang di luar negeri Pahang tidak seharusnya dibenarkan datang merayu undi atau menyebarkan apa-apa bahan publisiti kempen walaupun mempunyai kebenaran merentas negeri sebagai wakil rakyat.

Malah media juga perlu dihadkan kepada yang telah beroperasi di Pahang sahaja.

Bagi memastikan setiap calon mendapat keadilan dalam kempen maka RTM sebagai media penyiar kerajaan perlu memberi ruang ke udara (airtime) selama 30 minit untuk setiap calon memperkenal diri dan bercakap mengenai visi mereka.

Radio Malaysia Pahang juga perlu memberi ruang masa yang sama adil untuk calon-calon berkempen melalui siaran mereka. Misalnya setiap calon diberi rancangan selama 10 minit setiap hari sepanjang kempen.

Rancangan-rancangan ini harus dibuat secara rakaman mengelak serangan dan fitnah yang melanggar peraturan pilihan raya dan undang-undang negara.

Calon juga boleh menggunakan media sosial dan rangkaian komunikasi telefon pintar sebagai saluran kempen baharu.

Mereka boleh memasang kain rentang dan poster yang memaparkan diri mereka dan juga saluran komunikasi semasa sepanjang tempoh kempen ini.

PRK ini adalah medan mencuba norma baharu dalam proses demokrasi negara sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Sistem demokrasi negara kita tidak boleh terhenti kerana Covid-19, namun ia memerlukan penyesuaian untuk meneruskan kelangsungan proses demokrasi negara.

PH tak letak calon PRK DUN Chini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker