Perebutan Kerusi No. 1 Kerajaan, Mahathir & Anwar Semakin Tegang

Share
MAKA BERGADUHLAH BALIK PENYOKONG DSAI DAN PENYOKONG TDM
Seperti dijangka, belum apa-apa lagi pun terus sahaja pergaduhan berlaku di antara penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai siapa yang patut menjadi calon PM jika Pakatan Harapan++ berjaya merampas kuasa kembali.
Portal berita Malaysia Kini, dengan agenda biasanya, hari ini melaporkan kononnya penyokong Tun Dr Mahathir percaya bahawa beliau kini mempunyai sokongan antara 129 dan 137 MP dan bahawa GPS juga akan menyertai beliau bila beliau sudah berjaya membentuk kerajaan.
Ini bagaimanapun ditepis oleh Datuk Abdullah Sani yang berkata paling tinggi pun Tun Dr Mahathir hanya ada 14 MP, iaitu 5 MP bekas BERSATU dan 9 MP WARISAN, dan jika Tun Dr Mahathir tidak akur dengan Datuk Seri Anwar beliau akan hanya kekal dengan 14 MP.

Elok kita imbas kembali kata-kata Tun Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar selepas mereka hilang kuasa baru-baru ini:

(1) “Datuk Seri Anwar akan kalah dalam pilihan raya.”
(2) “Datuk Seri Anwar merugikan saya.”
(3) “Datuk Seri Anwar ditolak bulat-bulat.”
(4) “Orang Melayu tolak konsep liberal Datuk Seri Anwar.”
(5) “Datuk Seri Anwar tak reti duduk diam.”
(6) “Datuk Seri Anwar nak jadi popular.”
(7) “Datuk Seri Anwar pembawa ribut.”
(8) “Datuk Seri Anwar punca saya kalah.”

Kemudian kita imbas kembali juga kata-kata Datuk Seri Anwar kepada Tun Dr Mahathir ekoran daripadanya:

(1) “Mahathir akan terus menyanggah diri sendiri” (“Mahathir would continue to contradict himself”).
(2) “Mahathir buat janji dan memungkirinya” (“Mahathir makes promises and reneges on them”).
(3) “Saya sekarang tidak lagi percaya Mahathir” (“I now no longer believe Mahathir”).
(4) “Saya ingat Mahathir jujur” (“I thought Mahathir was sincere”).
(5) “Saya terima Mahathir berdasar gambaran luaran” (“I took Mahathir at face value”).
(6) “Saya ingat Mahathir berubah dengan usia, dengan kebijaksanaan” (“I thought Mahathir changes with age, with wisdom”).
(7) “Saya mohon maaf (kepada para penyokong saya)” (“I apologise (to my supporters)”).
(8) “Saya silap (dalam menilai Mahathir)” (“I was wrong (in assessing Mahathir)”).
Dapatkah dibayangkan kerjasama yang ikhlas akan dapat dibina selepas episod kata-mengata yang hebat ini atau mungkinkah ia juga akan dikira sebagai luka kecil sahaja?
Dr. Kamarul Yusoff
(Visited 2,951 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!