Penggubalan RUU tangani kesan COVID-19, orang ramai diminta beri cadangan – Takiyuddin

Share

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengalu-alukan orang ramai memberi cadangan dan saranan untuk penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata penggubalan RUU itu merupakan komitmen kerajaan untuk meminimumkan impak penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan langsung ekonomi dan sosial kepada rakyat dan industri.

“Perlu diingatkan, segala cadangan untuk dimasukkan dalam RUU ini hendaklah berbangkit daripada kesan penularan wabak COVID-19 dan mempunyai impak terhadap perniagaan, firma termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kesemua pemegang taruh termasuk organisasi masyarakat sivil (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu dan pihak berkepentingan boleh berbuat demikian menerusi http://www.bheuu.gov.my/index.php/ruu-covid19 bagi tindakan seterusnya sebelum atau pada 5 Jun ini.

— BERNAMA

(Visited 117 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!