Pemandu disaman beri laluan kepada ambulans

LELAKI itu gagal apabila pertama kali membuat rayuan untuk membatalkan denda. – MyLondon/BPM Media

 

LONDON – Seorang pemandu di Britain berang apabila disaman £130 (RM682) kerana menggunakan lorong bas buat seketika bagi memberi laluan kepada sebuah ambulans bulan lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.

James Sheridan-Vigor bertanyakan soalan di Facebook sama ada dia perlu membuat rayuan kali kedua untuk membatalkan saman itu selepas permohonan awal ditolak baru-baru ini.

Vigor mendakwa, ambulans itu akan terhalang kerana ada sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang di laluan bas di Walthamstow, timur London semasa kejadian, lapor laman berita MyLondon.

“Walaupun saya membuat rayuan, majlis perbandaran berkata bahawa denda tersebut adalah wajar. Mereka menjelaskan bahawa ambulas dibenarkan menggunakan lorong bas supaya kereta saya tidak menghalang laluannya.

“Bagaimanapun, ketika kejadian, bas itu dalam keadaan berhenti dan ambulans tidak dapat melalui laluannya, ia perlu memotong di sebelah kanan.

“Jadi, saya yang berada di lorong kanan memasuki lorong bas untuk seketika supaya ambulans itu bergerak lancar. Atau kita tidak sepatutnya membantu perkhidmatan kecemasan dengan memberi laluan kepada mereka?,” katanya.

Majlis Perbandaran Waltham Forest kemudian mengaku saman itu telah dikeluarkan secara silap sebelum membatalkannya.

“Kami telah menyiasat insiden ini dan saman tersebut dikeluarkan secara silap. Ia telah dibatalkan. Kami memohon maaf atas kesilapan itu,” kata jurucakap pihak berkuasa itu. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker