Ketua Srikandi BERSATU Bakal Letak Jawatan? Redzuan juga bakal letak jawatan?

Desas desus kencang khabar politik mutakhir mengaitkan seorang Menteri akan meletakkan jawatannya. Nama Datuk Seri Rina Harun secara tiba-tiba disebut sebagai menteri berkenaan. Tiada sumber sahih bagi mengaitkan nama Menteri berkenaan dengan spekulasi tersebut.

Maklumat awal yang diperolehi masih belum dapat mengesahkan samada benar atau tidak Rina akan meletakkan jawatannya. Tiada sebarang alasan diberikan bagi menguatkan khabar angin perletakkan jawatan itu dan Rina tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan.

Bagaimanapun menurut sumber, ada unsur kecewa kalangan ahli parti apabila BERSATU menghentikan keahlian 5 wakil parlimen mereka semalam. Kejutan pula diberikan Marzuki apabila bertindak memecat SUK BERSATU melalui sepucuk surat. Situasi ribut dalam PPBM dipercayai ada kaitan dengan pertembungan 2 kem antara Kem Tun M dan Kem Muhyiddin.

Pihak kami masih menanti sebarang pengumuman dan akan mengemaskini laporan dari masa ke semasa.
My-tv.online.

Sementara itu terdapat khabar angin yang mengatakan Menteri Tugas-Tugas Khas, Redzuan Yusof juga bakal meletakkan jawatan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker