Kaunter permohonan rayuan BPN dibuka 30, 31 Mei

PUTRAJAYA, 29 Mei  — Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30 dan 31 Mei ini (Sabtu dan Ahad), kecuali di Sabah dan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan.

Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan kaunter rayuan itu akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

LHDN menyebut bagi pemohon BPN di Sabah dan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun.

“Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN yang terdekat atau melalui e-mel ke [email protected] bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

LHDN menyatakan langkah berkenaan bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan itu.

— BERNAMA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker