Penunggang Agama Label Untuk Menutup Mulut Pengkritik

Jalan mudah untuk mematikan kritikan dan penentangan terhadap tindakan kerajaan adalah dengan menuduh pihak lawan sebagai perasuh yang menunggang agama dan bersifat perkauman untuk kepentingan politik.

Inilah strategi licik pemimpin DAP di Malaysia. (Kumpulan seperti ini juga anda boleh temui di Indonesia tetapi tidak menonjol seperti DAP).

Dengan ini mereka boleh bermaharajalela berbuat apa sahaja bagi mengurangkan kedudukan Islam dan Bumiputera di negara ini secara beransur-ansur.

Sebahagian rakyat yang aliran sederhana akan menjauhi suara-suara penentang kerana tidak mahu dilihat sebagai bersama pengunggang agama dan bersikap perkauman.

Walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, para ilmuan dan mufti juga akan berhati-hati meluahkan pandangan mereka kerana khuatir dituduh bersengkongkol dengan perasuah yang menunggang agama dan bersifat perkauman.

Sebahagian memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memburukkan keadaan dan memberi imej tidak baik kepada Islam.

Kita tidak harus takut dengan taktik perlabelan ini. Suara menjaga kepentingan agama Islam negara ini lebih penting dari merasa rendah diri dengan label-label negatif ini.

FB: Ab Jalil Backer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker