Pemerkasaan Usahawan Agenda Utama Medac – Wan Junaidi

Share

Hari ini, saya sempat mengikuti beberapa sesi taklimat bersama ketua-ketua agensi cawangan Medac dan seterusnya melawat cawangan Bank Rakyat di Pejabat Wilayah Bank Rakyat, Jalan Tun Jugah, Kuching.

Sesi taklimat yang diadakan ini adalah bagi membincangkan isu-isu penting bagaimana pihak kementerian di bawah kelolaan saya ini dapat membantu usahawan yang terjejas pasca pemulihan akibat pendamik Covid-19 sedang melanda negara.

Perbincangan dan taklimat ini juga bukan sekadar untuk meningkatkan tahap ekonomi usahawan tetapi juga strategi dan cadangan inisiatif untuk mendokong proses membantu mereka (usahawan pks dan micro) melalui saluran-saluran yang telah disediakan oleh pihak Medac.

Saya akan terus memastikan agenda pemerkasaan dan meningkatkan ekonomi usahawan-usahawan terutamanya usahawan PKS dan Micro dijadikan sebagai antara agenda utama di kementerian saya.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#StayAtHome
#KitaJagaKeluargaKita
#UsahawanJanganPutusAsa

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!