Mustahil Ada Perdana Menteri Baharu Sebelum PRU-15

 

1. Usaha Pakatan Harapan mahu menukar Perdana Menteri adalah mustahil walaupun ia dibolehkan oleh Perlembagaan.

2. Ada dua keadaan untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri (PM).

3. Pertama ialah mengumpulkan majoriti ahli Parlimen yang menyatakan mereka telah hilang kepercayaan kepada PM.

4. Ini boleh dilakukan sama ada melalui sidang
Dewan Rakyat, akuan bersumpah atau sidang media serentak.

5. Kedua, ialah dengan menggagalkan udian Bajet 2021 pada Oktober 2020 nanti.

6. Jika berlaku salah satu dari dua perkara di atas, adalah menjadi tanggungjawab Muhyiddin berjumpa YDP Agong untuk memaklumkan beliau telah hilang sokongan majoriti Dewan Rakyat.

7. Dalam keadaan ini Muhyiddin boleh menasihati YDP Agong untuk membubarkan Parlimen.

8. YDP Agong boleh memperkenankan pembubaran Parlimen atau menggunakan proses yang sama seperti Februari dan Mac lalu untuk melantik Perdana Menteri baharu.

9. Oleh kerana YDP Agong telah pun menggunakan kaedah kuasa budi bicara beliau ketika melantik Muhyiddin, adalah tidak berhemat untuk baginda melalui proses yang sama akibat situasi yang sama.

10. Menggunakan proses pelantikan sama seperti awal tahun ini tidak akan menyelesaikan kemelut politik negara.

11. Justeru jika Muhyiddin dijatuhkan, YDP Agong, sekiranya menggunakan kuasa budi bicara baginda secara berhemat, pasti akan membubarkan Parlimen bagi satu PRU baharu.

12. Jika pembangkang bijak mereka akan membiarkan kerajaan ini sehingga akhir penggal dan mengeksploitasi kelemahan kerajaan pada masa akan datang.

Ab Jalil Backer

Terdahulu : https://mykmu.net/2020/05/28/terkini-dengan-sokongan-129-mp-mahathir-akan-mengadap-agong-untuk-bentuk-kerajaan-baharu/

Berkaitan: https://mykmu.net/2020/05/28/they-have-numbers-since-2008-najib-razak/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker