Saya tak pernah kata biar mereka hilang kerja – Ismail Sabri

Share

Merujuk kepada hantaran Abas Saad berkenaan rakyat Malaysia yang pulang ke kampung berhari raya.

Ini adalah hantaran yang berniat jahat dan fitnah yang jauh menyimpang dari kenyataan saya dalam laporan harian saya setiap pukul 2.00 petang yang didengari seluruh rakyat Malaysia.

Saya tidak pernah menyebut sesiapa yang terlibat dibiarkan dibuang kerja, sebaliknya saya menyebut ” eloklah kembali semula ke tempat kerja walaupun mungkin tidak melepasi sekatan jalan raya dan dikompaun. Lebih baik dikompaun daripada hilang pekerjaan”.


Dalam satu kenyataan dalam sidang media saya sebelum ini, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia yang curi-curi balik ke kampung sepanjang tempoh PKPB untuk kembali pulang ke rumah masing-masing bagi tujuan bekerja meskipun terpaksa dikenakan tindakan kompaun.

Mana mungkin saya membiarkan rakyat Malaysia hilang pekerjaan lebih-lebih lagi pada pandemik COVID-19 ini.

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menyemak kesahihan berita sebelum menyebarkan sebarang kandungan.


Jangan lah berkongsi perkara yang tidak sahih lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 ini.

Dari Facebook Ismail Sabri

Leave a Reply