Pemimpin politik, NGO tidak perlu jadi hero kepada PATI, kata Ismail

Share

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin politik atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) tidak perlu ambil kesempatan untuk menjadi hero kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata negara mengambil tindakan yang betul dengan menangkap PATI berikutan mereka masuk ke negara ini tanpa permit bekerja.

“Tidak baik menuduh Malaysia bertindak tanpa perikemanusiaan.

“Sebenarnya negara lain jauh lagi teruk kendalikan PATI. Di negara kita kira baik lagi,” katanya pada sidang media hariannya.
FMT

Leave a Reply