Mujur ada Skim Insurans Pekerjaan (SIP) – Najib

Share

Ada yang beritahu saya.

Walaupun sedih dan risau akan masa depan setelah hilang kerja.

Mereka berterima kasih atas bantuan Skim Insurans Pekerjaan yang saya perkenalkan dahulu.

Bantuan yang diterima ini, sedikit sebanyak membantu menyara hidup mereka untuk beberapa bulan yang akan datang.

Mengikut kelayakan, mereka yang terjejas boleh mendapat elaun sehingga RM10,800.

Ada juga yang beritahu saya, mereka bersyukur kerana masih ada kerja walaupun dengan gaji sudah dipotong.

Ada yang berkurangan sebanyak 40 hingga 50 peratus.

Saya difahamkan banyak syarikat sedang membuat penilaian status kewangan dan ramalan perniagaan masing-masing.

Berkemungkinan besar akan ada lagi perniagaan yang terpaksa ditutup, dan ada lagi proses pengurangan tenaga kerja.

Dalam keadaan ini, kerajaan seharusnya perlu lebih proaktif.

Jika dahulu ekonomi kita berkembang kerana pelaburan swasta dan perbelanjaan konsumer, kini ia sudah berkurangan.

Ini adalah kerana syarikat dan pekerja tidak lagi mempunyai kemampuan kewangan secukupnya pada masa ini.

Jadi apa langkah yang boleh kita ambil?

Tingkatkan lagi perbelanjaan, pelaburan dan bantuan kerajaan.

Di mana ada kekurangan, pastikan ia ditangani.

Jika tidak cukup, tambahkan lagi.

Saya ulang!

Jika tidak cukup, tambahkan lagi.

Inilah fungsi kerajaan.

Wujudkan lebih banyak lagi projek-projek infrastruktur.

Bantulah majikan dan peniaga kecil untuk meneruskan perniagaan mereka.

Buka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

Berikan perlindungan keselamatan sosial ataupun ‘social safety net’ kepada rakyat secukup-cukupnya.

Saya tahu dan saya pernah buat ini sekitar tahun 2008-2009 masa saya Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri.

Kita buat Pakej Rangsangan Ekonomi dan berikan bantuan secukupnya untuk memastikan ekonomi kita tidak hancur.

Impaknya terhadap rakyat pada ketika itu juga tidak berapa besar.

Dengan jumlah bantuan dan pakej rangsangan yang sesuai, saya yakin kita semua akan dapat mengharungi tempoh yang amat mencabar ini.

Insya-Allah.

Sama-sama kita doakanlah kesejahteraan dan kesihatan semua.

Dari FB Najib Razak

(Visited 42 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!