Covid-19 : Kes turun mendadak, 15 kes baru sahaja.

Tiada kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, manakala kes baru pula menurun daripada 3 angka kepada 2 angka.

Angka korban kekal pada 115 orang, sementara 15 kes baru dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan 7,619 orang dijangkiti Covid-19 sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata 1,421 pesakit sedang dirawat di hospital dengan 4 daripada 8 orang yang dirawat di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 42 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhannya 6,083 orang sehingga kini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker